Masih MENCARI...

Kawan-Kawan KIta..

Tuesday, May 31, 2011

jalan jalan hunting huntung.. 28-30hb mei 2011


Mula cuti sekolah mula lah jalan jem... tapi mula jugaklah semua nak pi hunting. Termasuklah Tuan pun blog yang tak seberapa nie.

Kali nie.. hunting tak dek lah yg grand2 yg biasa biasa ajekk.. tapi ok lerr daripada terngaga..ekk

pas tu kita dapat kat cermin lama dengan kipas lama... harga pun buat kita senyum leborrrrr.

Itu ajek lahh.. nak wat N3 panjang2 tak tahu plak nak tulis apa.. itu ajek lahh.. telek yerr gambar tu .... sebab kes malas nak upload banyak banyak..hehehehe.. can nie pun boleh kee.

Wednesday, May 25, 2011

NO..Smookinggg AREASss.

Assalamualaikumm.... N3 hari nie mengenai astray BK.. maaflah bukan galakan orang menjadi perokok tegar. Cuma nak memberi semangat kepada pengumpul PML tegar. Rasanya.. dah boleh tutup buku untuk koleksi Astray Bunga kangkung .. dari yag kecik cenonet ke yg besar gedabak.. tapi paling kita suka Astray yang paling baru kita dapat ..berbentuk Hexagon.. (yer ke eja cam tuu cikguuuu).. sebab bunganya amat menarikk... sebenar kecik sahaja astray ini

Astray berbentuk Hexagon... mulutnya seakan berbentuk LOVE... comel cenonet dan berbaloi.


Astray pertama dalam koleksi .. dengan bantuan sahabat FB.. terima kasihh yerrr


Astray kedua dibeli melalui On9... bentuk nyer sama dengan yg bertama cuma tidak mempunyai gold line.



Hasil berjalan ke LOKEN.. pertama kali sampai ke LOKEN.. menemukan kita dengan Astray yang unit ini.. saiznyer juga agak besar



Astray yang paling besar..memang besar seperti mangkuk.. dibeli dari shabat FB yag berada nun jauh di Pontian.. harg ayg amat berbaloi. seronok sangat



pandangan dari sisi.. betul tak macam mangkuk.
















Wednesday, May 18, 2011

Bunga Kangkung SIRI 4season

N3 sekali lagik pasal bunga kangkung. Tapi kali nie dari siri 4season. Uniknya Bk ialag mempunyai pelbagai variasi. Salah satu adalah 4season. Tak tahu pulak kenapa dipanggil 4season. Yang kita tahu.. BK 4season ada terdapat unsur unsur lebih kepada masyarakat cina.

Item yg sinonem dengan 4season ada mangkuk nasi atau mamgkuk bubur. Tureen 4season juga menjadi salah satu item basic wajib yang diburu oleh semua kolektor baru. Tak tahu lah kenapa, mungking kerana Ia agak senang didapati daripada Tureen Bk biasa dan juga harganya yang agak rendah berbanding tureen BK biasa.








Tureen BK 4season.. dalam simpana kita


mangkuk BK 4season berganding dengan tureen bentuk yang sama tetapi saiz yg berbeza.

Selama kita kolek BK... setahu kita cawan bagi siri 4season terdapat 2bentuk. dan kita hanya memiliki salah satu darinya.. yg satu lagi masih belum berjodoh. dan juga kedua-dua bentuk juga adalah jenis cawan bujang (tidak ada piring)

Sinonimnyer 4season dengan mangkuk nasi atau mangkuk bubur. Maybe lah..ceeewah cakap ommputih tuu.. mangkuk ini digunakan oleh masyarakat cina untuk makan besar pada musim perayaan. atau mungiin juga diguna untuk upacara keugamaan. Dan kita percaya.. tulisan abjab cina itu memberi maksud yag baik seperti panjang umur, murah rezeki hehehe.. good feng shui.

4season juga.. cuma sedikit kelainan pada tulisanya.. menarik



ini lah piring sos Bk yg agak unik.. sebenarnya, kolektor lain dah ada berbagai saiz .. tapi kita baru dapat nie ajekk.. apa yg unik.. cuba focus pada bunga...... focusssss...focusssss.... yerr betoiiiii... bunga nyer satu warna sahaja.. hanya ada yg hijau.. yg merah dah tak dekk.. kecil ajek piring sos ni.. 2in diameter.. terlalu kiut miut.






kalau yg tadi kiut sebab kecik.. yang ini pulak kiut miut sebab ada budak budak kecil.. heheh.. macam macam bunga bk nie.. lucu pun ada... agaknyer dibuat khas untuk kanak2 dan juga ini lah pinggan makan 4season yag pertama kita tengok dan dapat. 2 keping ajekk.. jadiklah. apa2 pun.. happy hunting.. enjoy collecting.. tak yah gegaduh kita mahu kawan bukan mahu lawan.

Saturday, May 14, 2011

FOR Sale.. LET GO.. dan yang seangkatan dengannya..

Assalamualaikummm....
Ada sesikit Koleksi Bunga Kangkung Yang Nak di Let go..
Tapi minta maaf... barang2 nie bukan kita punya.. tapi sahabat kita.
Harga agak tinggi sedikit.. bukan sebab mengikut harga pasaran.. tetapi asalnyer dibeli Online dan dari kedai antik.. jadi harga memang agak MALATOPP... harga dupaparkan termasuk harga postage yerr. Apa boleh sms kita 012-9574200

ALL SOLD

THANK YOU.. TERIMA KASIHH



Set Teko SIKU (perfect condition)



1 biji Teko



1 Set Cawan ML



Tureen BK Saiz Diameter 7in



(ada sikit hair line di tutup)





Teko Mini XXS
(Teko yg kanan-cawan untuk ilusi saiz)

Wednesday, May 11, 2011

BIG MUmmy OYEN udah sampeiiii...

Ia datang dari jauh,
Dari jauh ia datang,
Walau jauh ia datang... hati sedih rasa tenang.

hehehehe.. cewahhh.. berdendang gumbira. Dulu kita ada buat N3 mengenai koleksi BK Oyen. Nie.. tapi kita duk bising pasal teko dia kecik cenonet tak padan dengan cawan atau anak-anaknyer. Akhirnya.. Alhamdullilah... dengan bantuan sahabat Fb yang berada nun jauhhh di seberang Jakarta, Indonesia.. berjaya akhirnya menemui Ibunya. Teko Bk oren telah dapat ku himpunkan bersama koleksi Bk yang lain. Kiranya untuk Bk Oyen nie seakan lengkap dan boleh dah ditutupkan bukunya.


Ibu yang baru tiba..bergambar mesra dengan anak-anak

Keluarga BK Oyen yangtercinta.. tu lah teko cenonet yg dulu tuu..sekarang dah boleh relex sebab dah ada ibu besarrr punyaaaa..


Ini pun baru juga dapat.. dari sahabat.. semua nya serba satu..maklumlah.. BK Oyen adalah Item Bk yg rare.


Untuk makluman pengemar-pengemar Bunga kangkung.. Bk Oyen adalah salah tu versi kangkung yang limited. Tersangat limited.. dan harganya tersangat lah mahal buat masa sekarang. Percaya atau tidak.. piring sos berukuran diameter 2in harga nyer RM10 sebiji. Dan tak ada banyak ada sebijikkk itu saja lahh.


Teko bulat pun.. sebijik sudah main ratus.. standart harga Teko aladin Bk biasa. Bukan nak takutkan.. tapi itulah kenyataannya. Barang Rare..harga pun power rangerr...


Itu ajek lahh.. nak simpan semula Bk oyen ku dalam kotak.. lemari jauh lagik belum sampai.

TQ

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu.. 08 May 2011

Untuk Mama Ku Rahmah Bte Maslan... mama sentiasa dihati.. Yan sayang mama.. Semoga Allah meberikan kesihatan dan kekuatan untuk mama ku.

Amin....

Tuesday, May 3, 2011

HARGA KANGKUNG SUDAH NAIK..kontroversi tak

Assalamualaikum.... bersama lagi di sini. Alhamdullilah masih diberikan kesihatan yg masih mengizinkan kita membuat N ini.

Cam tajuk N3 harinie.. harga kangkung sudah naik.. bukan sayur kangkung yerr.. tapi PML Bunga Kangkung.Tapi kalau kita ke pasar pun harga Sayur Kangkung memang naik juga tapi tidak sehebat PML Bunga Kangkung.

Perbezaan agak ketara.. kerana harga naik sehingga 100%-150% daripada harga di awal penglibatan kita atau sebelum terjebat mengumpul Bunga kangkung. Kita bukan dah lama mengumpul BK nie tetapi masih juga baru. KIta hanya bermula pada hujung tahun lepas iatu pada November 2010, iaitu kira2 5-6 bulan lepas sahaja. Memang niat dipasang hanya ingin mengumpul BUNGA KANGKUNG idaman.. yg buat kita jatuh cinta pandang pertama.. memang suka melihat bunga-bunga yg lain, tapi BK tetap dihati.

Pada awal pembabitan (6bulan sudah) tidak ramai pengumpul tegar BUNGA KANGKUNG.. pengumpul yg sedia ada.. biasanya hanya mengumpulkan set yg BASIC seperti dinner set untuk 6 orang makan atau hanya mencari 2-3 set minum Teh sahaja. Harga pun tidak setinggi sekarang.

Kenaikan harga ( dalam masa 6 bulan)
1.Teko telor (dulu) RM 50-RM 80..............(terkini) RM 120-RM160
2.Teko Aladin (dulu) RM 70-RM110...........(terkini) RM 130-RM180
3.Teko Bulat Biasa (dulu) RM 30-RM40....(terkini) RM 55- RM70
4.MUG bertutup (dulu) RM 25-RM35..........(terkini) RM50-RM100
5.Piring cawan (dulu) RM 5...........................(terkini) RM 8-RM15 (sekeping)
6.Cawan ML (dulu) RM70 -utk 6pasang.....(terkini) RM 25 (sepasang)
7.Tureen 8inci 4season RM 50......................(terkin) RM 80-RM 150
8.Tureen 8in bunga besar RM 80-RM100..(terkini) RM 180-RM230

Itu adalah antara item basic bagi kolektor Bk ada lagi item lain seperti pinggan mangkuk berlainan jenis, saiz, bentuk dan kegunaan. Dan yg pasti harga amat melambung tinggi sekali. Ini mungkin terjadi kerana BK telah mendapat tempat pertama dihati kolektor-kolektor baru. Dan juga memandangkan yg mengumpulnya telah bertambah maka BK juga berkurangan di kedai-kedai apek dan jugak kedai-kedai antik. Ini menjadikan permintaan melebihan barang. Maklumlah yg dikumpul barang lama.. ada BK yg baru.. tapi kita mengumpul yg lama yg lebih halus seni corak dan buatan.

Kita tidak menyangakal perasaan bimbang didalam hati.. kerana risau dengan persaingan mendapatkan item yang cantik baik dan berkualiti. Pastikan yg betol2 original lama, baru puas hati.. biar membayar lebih sekali untuk item yang baik dari membayar seciput tetapi mendapat item yg reproduction atau barang yg dihasilkan semula. Nasihat saya kepada yang sangat sangat baru mengumpul. Pastikan ori baru beli. Harga memang mahal.. tapi puas hati. Jauh disudut hati setiap hari berdoa dan mengharapkan mendapat item yang RARE , cantik dan terbaik dengan harga yang rendah. Dan Alhamdullilah juga.. walaupun kita pun masih berkayuh.. agak banyak juga item RARE yg dapat masuk ke dalam gobok KIta dengan harga yg mampu milik dan logic.

Bercakap sebagai pembeli.. berkenaan harga yg tinggi.. jangan disalahkan penjula ONline atau kedai Apek menjual dengan harga yg agak keterlaluan. Sebagai pembeli tepuk dada tanya poket jika kita mampu kita beli jika tidak .. kita lihat saja. Harus difikir kesukaran mendapat barang sekarang.. dan juga kesusahan si penjual mendapatkan barang tersebut.

Kita selalu fikir begini.. untuk sebiji teko yg agak Sukar dijumpai atau item rare dibeli dengan harga yg tinggi..

1.Kesukaran mendapat barang tersebut..
2.Mana nak dicari.. kalau cari pun boleh dapat ke (mengikut rezeki seseorang)
3.duit minyak + duit makan + duit tayar + masa + berpanas + berabuk
4.kalau jumpa pun harga tetap sama harga online.. untuk masa sekaranglahh (esok3 tak tahu)

Jadi atas faktor2 diatas.. kita kadang2 pejam mata aje membayar sebiji teko rare dengan harga RM180.. bukan pejam mata sebab RIAK duit banyak... tapi pejam mata tak sangup tengok duit keluar cam air tuk dapatkan Idaman hati. Tidak disangkal wang memang banyak habis tuk hobi ini. Ini satu lagi... cara kita tuk pujuk hati yang lara kalau dah kering ... tak pe ASET tuk masa depan.. kan barang antik.. hahahaha adoiii lahhhh

OK lah mengomel panjang..... sampai sini dulu yerr... hobi ini amat seronok bila berkongsi ngan teman teman... tak ada hasad dengki dan iri hati... sifat PHD tuu kalau boleh buang jauh jauh.. ini hobi bukan pertandingan siapa yg lebih hebat dan siapa boleh jadi juara.

Ok.. nak selit juga Bunga Kangkung ku sayang..
Satu lagi spesis kangkung rare.. pemberian dari sahabar FB nun jauh di Temasik. Cawan ini retak seribu. Nampak sangat antik, lama dan klasik. Terima kasih kak Radia..






Agak unit corak bunga kangkung nya.. terlalu cantik. seberti Lukisan








Cawan tersebut tidak hadir sendiri dari jauh.. datang bersama dengan bakul sia bersaiz kecil. tersangat comel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...