Hari ni sajek nak share.. Tureen BK. Sebenarnya Tureen Bk nie ada banyak variasi. Tapi seperti gambar yg kita paste kan disini.. tureen ini adalah tureen bentuk biasa, dan mudah dan kerap juga boleh dilihat dijual di pasar pasar karat dan juga Online shop dan FB. Walaubagaimana pun, harga nyer masih lagi tinggi.. dan bertambah tinggi setiap kali.
Daripada pengetahu kita.. tureen BK dalam bentuk ini terdapat dalam 3 saiz yang terdiri daripada 3 diameter yg berlainan iaitu... 8inci, 7 inci dan 6 inci. Saiz diameter ini ditentukan daripada saiz diameter mulut mangkuk dan bukannya penutup. Jangan silap pulak .. sebab.. kadang2 kita pi hunting kadang2 dapat tutup sahaja.. kadang2 kita dapat body nyer sahaja.
Tureen Bunga Kangkung 3 beradik (dari kiri ke kanan : 8in, 7in dan 6in)
sajek jekk... ini bukan mangkuk tureen BK yerr.. ini mangkuk untuk mengukus ayam. Hhehe.. pada awalnya... kita sangka ini untuk simpan bubur atau sup.. tapi mengikut seorang rakan dari bangsa cina( kerna mangkuk ini biasa digunakan oleh masyarakat cina) masyarajat cina mengunakan bekas ini untuk mengukus ayam... dengan cara.. meletak ayam serta segala herba herba kedalam mangkuk tersebut.. diletakan didalam kuali yg jeluk atau periuk.. letakan air sehingga terngelam separuh dari bekas tersebut.. tutup kuali atau periuk.. dan seperti teknik mengukus cuma.. bekas terbut direndam didalam air yg mendidih sehingga isi didalamnya siap masak.
Itu aje untuk info infi hari nie... terima kasih sudi lagiks isnggah kat sini.
No comments:
Post a Comment