Masih MENCARI...

Kawan-Kawan KIta..

Saturday, April 30, 2011

Terima Kasih Teman Teman



Percaya atau tidak.. dalam menjadi kolektor, tidak kira apa jenis barang yg di kolek untuk koleksi, teman-teman, sahabat dan kawan-kawan sangat memainkan peranan penting bagi membantu kita mendapatkan item-item yg dikehendaki.

Dengan adanya rakan rakan kita boleh lebih mendapat maklumat tentang sesuatu koleksi.

Begitu juga lah dengan Kita, semua barang yg terdapat didalam gambar diatas adalah hasil daripada maklumat dan jasabaik teman-teman, sahabat dan kawan-kawan. Baik yang lama dan juga yg baru dikenali.

Sungguh tidak sangka hobi ini menjalin begitu banyak ikatan persahabatan. Bukan sahaja di Malaysia tapi hingha ke Temasik dan juga Indonesia. Agak menarik kan. Percaya atau tidak, kita sebagai kolektor juga tak boleh kedekut Ilmu.. atau kedekut maklumat. Kalau kita kedekut kat orang.. orang pun kedekut ngan kita.

So.. what you give.. you get back.

Kita nak ucap terima kasih atau thank you (cakap ommputih) kat Kak Shas dari Blog KOLEKSI WARISAN BONDA yang sudi berbarter dengan saya. Dan juga kepada seorang kawan yg dah kita anggap cam kakak dah atas kesudian melepas teko Apple kesayanganya. Dan juga sudi menghunting sana sini untuk kita. Juga menghantar by hand. Terima kasih daun keladi.. esok esok kita pi hunting hunting lagik ekkk..

Wednesday, April 27, 2011

SUGAR POT/BOWL IDAMAN.. akhirnya ku miliki

Bagai pungguk rindukan bulan, macamtulah perumpamaan bagi pengumpul pengumpul PML semua apabila barang atau item yang dihajati masih belum diketemui.

Bagai bulan jatuh keriba.. camtu lah bila seorang teman memberitahu yang jadi buruan dan Idaman sudah hampir dalam gengaman. Apakah barang idaman hati kita.. tak lain dan tak bukan.. SUGAR BOWL atau mangkuk tempat gula BK (Bunga Kangkung).

Tapi kalau dah jodoh tidak kemana, asam digunung garam dilaut masak asam pedas bertemu jua.. akhirnya berjaya jua ku miliki.

Happy bukan kepalang, cam si kudung dapat cincin.. adoii.. sonok sangat nie.. masa tengah taip nie pun seronok sangat sangat. Harga jangan ditanya..kalau dah suka semua OK saja.




Happy Gather Gather.. so ibarat kata taukeh kedai antik.. dah boleh tutup buku. untuk set Aladin nie.. untuk set aladin nie biasanya cawan yag sesuai adalah cawan ML..atau molot jahat.







Tertawan dengan kecantikannyerr..ibarat kata Kak Siti Aina dari blog WARISAN NENEK







Ini Partnernyer yg dah lama menungu..kalau dah jodoh tidak kemana

KIta pernah cakap..kalau kita dapat SuGar Bowl Idaman hati nie.. kita dah slow dah hunting..

Tapi kalau ada rezeki dan berjodoh dengan item2 rare lagi... apa salahnyerr..cuma target besar kita dah tercakap. Syukur alhamdullilah kerana rezeki bersama ku..

kepada kawan kawan kolektor yg lain.. kuncinyer ialah jangan putus asa.. dan sabar sepanjang waktu.jangan jemu bertanya dan mencari.



Monday, April 25, 2011

Hunting Hunting Baybehh.. KL-Melaka 23-24/04/2011

Penat weii..saper kata tak penat tapi masa bejalan tak penat. dah balik dan dah buka buka 555 baru penat tersandar. Hehehe tapi puas hati lah jugak. Dapat teko idaman dan beberapa item rare.. puas hati sampai ke tulang.hehe..sakit dan lenguh pun sampai ke tulang..


Dan tak yah citer banyak.. nak gi berurut..muahahaha..sakit badan tauuu



Hasil tangkapan.. amacam.. berbaloi ka takkk??




Coffee Pot kita yg pertama.. ada satu jenis lagi.. mana nak kucari yerrr.... happy weii... TQ tuan tanah walau dalam berat hati melepaskan si cantik nie.








Monday, April 18, 2011

TUREEN TELINGA..

Assalamulaikumm... Akhirnya.. betemu jodoh juga dengan TUreen Telinga nie.. walaupun dapay badannyer ajer.. tapi tetap ku gembira. Terimo kaseh Pn.Zaza from
ZAZALIMIEY COLLECTION.. duk tulung ke ambe. terimo kaseh deh..(konon lorat kelate) Ha... kena panggil TUREEN TELINGA..sebab.. dia ada 4 tangan kecil di kiri dan kanan.. sebab nak dipanggil tangan cam kecil sangat.. maka dipanggil telinga.. (siapa pulak ada 4 telinga ekk..??). Tak peduli dan tak kisah.. apa orang nak panggil tapi ini ku gelak Tureen Telinga.. Punyer ler happy.. sampai ku curik 2 keping gambar dari FB dah Zaza tuu (tak mintak izin pun.. ku sapu jekk.. terima kasih sekali lagi Zaza) Nak tengok Rupernyer si Tureen Telinga.. mehhhh (sambil pimpin tangan)


Gambar yg ke-tama



(note:ini gambar Pn.Zaza Yg punya..heheh)



gambar masa duk kat umah Tuan Tanah.. nampak ada 2.. memang lerr satu tuk tuan tanah satu tu kita.





Gambar yg ke-Dua


(note: pun gambo Pn Zaza punya... saje suka kant benbunga yg banyak tuu)




Lepas edisi merendam dan mencuci..gambar sebelum masuk kotak dan menuju ke pangkuan ku



gambar yg ke-3 dan ke-4



(gambar nie Sdn.Bhd. punya)

Hehehe..lepas sign ngan budak kurier tu terus bukak kotak cam, bebudak dapat hadiah besday tak pun cam hari xmas.. terus ku posingkan dengan TUTUP angkat dari Tureen lain.. Tureen nie 10in.. nampak tak..telinga yg Kontrovesi tuu.. amacam.. boleh tahan kannn.. wang hantaran pun boleh tahann.. apa boleh buat barang susah dah sekarangg.. Yang penting happy dan jangan gaduh2..heheh tak baik tuhan marahh.

Wednesday, April 13, 2011

PINGGAN PLATTER PLAIN 8IN PLEASEEEE

Nyut..nyut..nyutt kepala rasanya mauu..pecah.. gara-gara tak tahu nak update blog dengan N3 apa.. sebab memang tak ada yg menarik pun. Tak tahu lah kolektor-kolektor semua perasan atau tidak.. nampaknyer sekarang makin ramai pengumpul Bunga Kangkung tegar. Best kan ekk... boleg berbater-bater sesama kita. Duit tak perlu keluar tukar suka sama suka aje. Sebab dah tak ada yg menarik.. jadi kita nak minta jasa baik pembaca diluar sana.. kita memerlukan..cewahhh.. yaaa..memerlukan atau sedang mencari pinggan Platter yg polos.. tidak berbiku bersaiz diameter 8in.. dan juga 6in.. jika ada antara anda yg ada lebih..BOlehlah roger roger kita. Tak tahu dah nak tulis apa.. otak beku dan bersawang.. bukan malas tapi no idea... ado idea.. mes kosong bersama..hehehe.. adoiiiilahhh

Friday, April 1, 2011

MAHARANI KUUuuuu.. katakan tidak kepada APRIL FOOL

N cawan lagi sepena April Fool... tapi bukan apa.. kita baru tahu sebenarnya apa makna sambutan April Fool.. saja nak share kat sini... buat renungan semua @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ “HARI pertama setiap April adalah hari yang perlu diingati berbanding baki 364 hari lagi,” kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain.Kesimpulan yang paling mudah daripada kenyataan Mark Twain tersebut tarikh 1 April setiap tahun itu ialah hari untuk usik-mengusik, bergurau-senda atau tipuan olok-olok. Tidak akan ada yang akan marah atau berkecil hati.Tarikh itu digelar dengan pelbagai nama. Paling umum ialah April’s Look Day. Ada yang memanggilnya dengan April Mop dan di Scotland ia seringkali dikenali sebagai April Gowk. Walau apapun panggilannya, motif tetap sama. Setiap kali menjelang 1 April, biasanya banyak di antara kita akan begitu sibuk dan terikut-ikut dengan budaya Barat serta bersiap-sedia untuk merayakannya.Kita merancang untuk menipu orang lain, sahabat atau saudara terdekat. Budaya tersebut begitu erat melekat, seakan-akan pada 1 April tersebut, kita boleh berbuat dosa. Namun, apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada.Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H. Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya. Peter Gay dalam bukunya The Cultivation of Hatred menyentuh banyak aspek tentang budaya.Antara lain, Gay menulis; `kesulitan terbesar ialah mengikis sesuatu peristiwa yang telah diterima oleh masyarakat sebagai amalan seharian mereka (budaya).Beberapa sejarawan lain menganggap pendapat Gay tersebut disebabkan oleh ketaksubannya terhadap teori-teori psikoanalisis oleh Sigmund Freud dan Jacques Lacan hingga beliau melihat proses itu sebagai kandungan kesedaran manusia. Gay berkesimpulan, setiap lapisan sosial akan membangunkan hegemoni kebudayaan masing-masing dengan tujuan mengatasi kelompok atau etnik lain. ‘Kemenangan’ akan diperoleh selepas kelompok lain menerima budaya yang dikembangkan. “Kebanggaan terhadap etnik dan kecemasan etnik dalam banyak hal tidak boleh saling dibezakan. Lama kelamaan etnik yang tidak dominan terpaksa menerimanya menjadi satu sikap atau budaya mereka,” kata Gay. Perspektif yang sama turut diutarakan oleh penulis Marxis Itali, Antonio Gramsci dalam koleksi catatannya yang dibukukan, Selections of Prison Notebooks.Gramsci antara lain berpendapat, hegemoni budaya, selain ekonomi dan sosial adalah salah satu bentuk penjajahan baru ke atas kaum proletarian oleh kelompok borjuis. Jika pendapat Gay dan Gramsci ini diambil kira, April Fool merupakan salah satu kekalahan masyarakat kita terhadap hegemoni budaya oleh Barat.Kadang-kadang perspektif bahawa apa sahaja dari Barat dianggap moden. Lalu, masyarakat kita tanpa menapis dan memperincinya terus menerima sebagai budaya. Sehubungan itu, jangan terlalu mempercayai kata-kata Mark Twain bahawa 1 April setiap tahun adalah hari perlu diingati @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ bagaimana.. terasa macam ter APRIL FOOL dengan SAMBUNTAN APRIL yg bodoh.. Gambar dibawah bukan untuk April Fool.. ini memang betul2.. tetiba rezeki nak ada... makan CAWAN maharani ku mneyerah diri... bukan main ayuuuu...


Ohhhh..Maharaniii ..cantikk ayuuuu...di manakahh nak kucarikk IBUmuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...