Masih MENCARI...

Kawan-Kawan KIta..

Tuesday, May 3, 2011

HARGA KANGKUNG SUDAH NAIK..kontroversi tak

Assalamualaikum.... bersama lagi di sini. Alhamdullilah masih diberikan kesihatan yg masih mengizinkan kita membuat N ini.

Cam tajuk N3 harinie.. harga kangkung sudah naik.. bukan sayur kangkung yerr.. tapi PML Bunga Kangkung.Tapi kalau kita ke pasar pun harga Sayur Kangkung memang naik juga tapi tidak sehebat PML Bunga Kangkung.

Perbezaan agak ketara.. kerana harga naik sehingga 100%-150% daripada harga di awal penglibatan kita atau sebelum terjebat mengumpul Bunga kangkung. Kita bukan dah lama mengumpul BK nie tetapi masih juga baru. KIta hanya bermula pada hujung tahun lepas iatu pada November 2010, iaitu kira2 5-6 bulan lepas sahaja. Memang niat dipasang hanya ingin mengumpul BUNGA KANGKUNG idaman.. yg buat kita jatuh cinta pandang pertama.. memang suka melihat bunga-bunga yg lain, tapi BK tetap dihati.

Pada awal pembabitan (6bulan sudah) tidak ramai pengumpul tegar BUNGA KANGKUNG.. pengumpul yg sedia ada.. biasanya hanya mengumpulkan set yg BASIC seperti dinner set untuk 6 orang makan atau hanya mencari 2-3 set minum Teh sahaja. Harga pun tidak setinggi sekarang.

Kenaikan harga ( dalam masa 6 bulan)
1.Teko telor (dulu) RM 50-RM 80..............(terkini) RM 120-RM160
2.Teko Aladin (dulu) RM 70-RM110...........(terkini) RM 130-RM180
3.Teko Bulat Biasa (dulu) RM 30-RM40....(terkini) RM 55- RM70
4.MUG bertutup (dulu) RM 25-RM35..........(terkini) RM50-RM100
5.Piring cawan (dulu) RM 5...........................(terkini) RM 8-RM15 (sekeping)
6.Cawan ML (dulu) RM70 -utk 6pasang.....(terkini) RM 25 (sepasang)
7.Tureen 8inci 4season RM 50......................(terkin) RM 80-RM 150
8.Tureen 8in bunga besar RM 80-RM100..(terkini) RM 180-RM230

Itu adalah antara item basic bagi kolektor Bk ada lagi item lain seperti pinggan mangkuk berlainan jenis, saiz, bentuk dan kegunaan. Dan yg pasti harga amat melambung tinggi sekali. Ini mungkin terjadi kerana BK telah mendapat tempat pertama dihati kolektor-kolektor baru. Dan juga memandangkan yg mengumpulnya telah bertambah maka BK juga berkurangan di kedai-kedai apek dan jugak kedai-kedai antik. Ini menjadikan permintaan melebihan barang. Maklumlah yg dikumpul barang lama.. ada BK yg baru.. tapi kita mengumpul yg lama yg lebih halus seni corak dan buatan.

Kita tidak menyangakal perasaan bimbang didalam hati.. kerana risau dengan persaingan mendapatkan item yang cantik baik dan berkualiti. Pastikan yg betol2 original lama, baru puas hati.. biar membayar lebih sekali untuk item yang baik dari membayar seciput tetapi mendapat item yg reproduction atau barang yg dihasilkan semula. Nasihat saya kepada yang sangat sangat baru mengumpul. Pastikan ori baru beli. Harga memang mahal.. tapi puas hati. Jauh disudut hati setiap hari berdoa dan mengharapkan mendapat item yang RARE , cantik dan terbaik dengan harga yang rendah. Dan Alhamdullilah juga.. walaupun kita pun masih berkayuh.. agak banyak juga item RARE yg dapat masuk ke dalam gobok KIta dengan harga yg mampu milik dan logic.

Bercakap sebagai pembeli.. berkenaan harga yg tinggi.. jangan disalahkan penjula ONline atau kedai Apek menjual dengan harga yg agak keterlaluan. Sebagai pembeli tepuk dada tanya poket jika kita mampu kita beli jika tidak .. kita lihat saja. Harus difikir kesukaran mendapat barang sekarang.. dan juga kesusahan si penjual mendapatkan barang tersebut.

Kita selalu fikir begini.. untuk sebiji teko yg agak Sukar dijumpai atau item rare dibeli dengan harga yg tinggi..

1.Kesukaran mendapat barang tersebut..
2.Mana nak dicari.. kalau cari pun boleh dapat ke (mengikut rezeki seseorang)
3.duit minyak + duit makan + duit tayar + masa + berpanas + berabuk
4.kalau jumpa pun harga tetap sama harga online.. untuk masa sekaranglahh (esok3 tak tahu)

Jadi atas faktor2 diatas.. kita kadang2 pejam mata aje membayar sebiji teko rare dengan harga RM180.. bukan pejam mata sebab RIAK duit banyak... tapi pejam mata tak sangup tengok duit keluar cam air tuk dapatkan Idaman hati. Tidak disangkal wang memang banyak habis tuk hobi ini. Ini satu lagi... cara kita tuk pujuk hati yang lara kalau dah kering ... tak pe ASET tuk masa depan.. kan barang antik.. hahahaha adoiii lahhhh

OK lah mengomel panjang..... sampai sini dulu yerr... hobi ini amat seronok bila berkongsi ngan teman teman... tak ada hasad dengki dan iri hati... sifat PHD tuu kalau boleh buang jauh jauh.. ini hobi bukan pertandingan siapa yg lebih hebat dan siapa boleh jadi juara.

Ok.. nak selit juga Bunga Kangkung ku sayang..
Satu lagi spesis kangkung rare.. pemberian dari sahabar FB nun jauh di Temasik. Cawan ini retak seribu. Nampak sangat antik, lama dan klasik. Terima kasih kak Radia..






Agak unit corak bunga kangkung nya.. terlalu cantik. seberti Lukisan








Cawan tersebut tidak hadir sendiri dari jauh.. datang bersama dengan bakul sia bersaiz kecil. tersangat comel.

5 comments:

  1. kak yan, teko bulat biasa @ Amcorp mall dah ada yg mencecah RM95.00 ++..

    ReplyDelete
  2. betul tu yan...harga pml sekrg mencanak2 naiknya.
    tp terpulang le pada diri kita sendiri, tepuk dada tanya poket, setuju sgt...

    ReplyDelete
  3. Zefa...yer kerr?/ kat Amcorp teko bulat tu dah RM95.00... tu diaa...

    Kak Ju.. tu lah..kalau poket kering sesama kita pose yekk

    ReplyDelete
  4. cantiklah cwn kangkung tu tak pernah tengok begitu kembang bunganya...

    ReplyDelete
  5. kak yan....terbaik punye coretan...suke bace..betul2..apepun kene tnye poket...poket kata xyah, jgn beli.,.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...